Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 3v

8 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

7 Jun 2024 , Jumaat - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 3. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 52 orang pelajar yang terdiri daripada 28 orang pelajar perempuan dan 24 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 dan 3 orang guru tabika KEMAS. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam yang bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.00 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (Letter Bubbles Alphabetical Orders) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi tambah di laman web digipuzzle.net. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman dari tadika Permata MAWIP dan video Didi and Friends.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas